Sunday 12 October 2008

PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN MATA

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

Jalankan senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan, dan ke kiri bagi memastikan mata kita sentiasa segar dan cergas.

Mata mempunyai cara pembersihan semula jadi. Pergerakan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata.

Walau bagaimanapun, habuk dan bendasing yang termasuk ke dalam mata perlu dibersihkan dengan air tetapi elakkan daripada menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.

Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk mensintesis pigmen penglihatan.

Semasa membaca, pastikan cahaya adalah cukup terang . Cahaya yang tidak cukup terang boleh menyebabkan kekangan mata. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 sm dari bahan bacaan.

Elakkan daripada memandang matahari secara terus. Elakkan juga daripada bermain dengan alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.

Dapatkan pemeriksaan atau rawatam dari pakar mata apabila mata tercedera, menghidap penyakit penglihatan yang kabur.

Pastikan tidur yang cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang.

Selain dari tip-tip yang dinyatakan di atas, kita boleh mencuci mata kita dengan menggunakan beberapa titis NACO CELLRENEW yang telah dicampurkan dengan lebih 10 ml air bertapis (atau air mineral). Pastikan kandungan Cellrenew agak cair supaya tidak memedihkan mata. Fungsinya adalah untuk mencuci bahagian dalam mata yang letih dan berhabuk serta menghindarkan kuman.

Selain dari itu, kita digalakkan mengambil NACO SPIRULINA yang juga mengandungi Beta-Carotene.

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN CELLRENEW DAN SPIRULINA KELUARAN SMART NACO!!

No comments: