Saturday 25 October 2008

CARA MENGURANGKAN TANDA GELAP DI BAWAH MATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada bermacam cara dan petua untuk mengurangkan tanda gelap di bawah mata kita. Adakah anda pernah mengalami tanda gelap ini dan apakah tindakan anda? Sekiranya ada, anda boleh berkongsi dengan saya dan pembaca blog ini.

Semasa saya masih remaja, ibu dan kakak-kakak saya pernah memberitahu saya iaitu samada menggunakan hirisan nipis timun, kentang, tomato atau epal dan letakkan diseluruh bahagian kelopak mata dan juga bawah mata (mata hendaklan ditutup). Ini bermakna, kita berbaring atau sandarkan kepala ke kerusi dengan cara santai. Disamping boleh membantu mengurangkan tanda gelap tersebut, ianya juga melancarkan perjalanan darah disekeliling mata kita dan menghilang keletihan mata.

Anda juga boleh menggunakan SUPERCLAY Mask Smart Naco yang disapu nipis di bahagian bawah mata dan dibiarkan kira-kira 15 - 20 mnt. Lakukan 2 kali seminggu. Sapuan tidak boleh terlalul tebal dan terlalu lama kerana ia boleh mengeringkan kulit bawah mata.



Walau bagaimanapun, sekiranya kulit anda kering, anda boleh menggunakan Lotion Gamat - melembutkan dan menyegarkan kulit.



Kemudian anda boleh spray beberapa titis Cellrenew yang dicampurkan dengan air bertapis, dengan menggunakan botol kecil yang disediakan dari jarak 30 cm dari mata. Ini dapat mengembalikan kesegaran mata anda.



OK, jumpa lagi!

No comments: