Friday 31 October 2008

ANALISIS DARAH ANDA (BLOOD ANALYSIS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua rakan-rakan niaga, pelanggan-pelanggan setia produk Smart Naco dan juga bakal-bakal ahli SST dan Smart Naco, anda semua dijemput hadir di Ibu Pejabat Smart Naco untuk mengANALISIS DARAH anda secara PERCUMA. Pasti anda akan terkejut ... kagum ... dan waspada. Tak mengira berapa usia anda, apa pekerjaan anda, apakah makanan kegemaran anda dan berapakah berat anda, jom datang beramai-ramai.

Mengapa ... pasti anda akan ... dot ... dot ... dot ...

Jadi, marilah bersama-sama kami pada :

Hari Sabtu, 1 November 2008
Tempat di Ibu Pejabat Smart Naco, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Kuala Lumpur
Waktu antara jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Jangan lepaskan peluang ini kerana ... PERCUMA hanya pada esok hari.

Anda boleh hubungi saya, Normala di 012-248 3009 atau 019-274 8862 untuk keterangan lanjut.

JUMPA ANDA DI SANA!!!

Saturday 25 October 2008

CARA MENGURANGKAN TANDA GELAP DI BAWAH MATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada bermacam cara dan petua untuk mengurangkan tanda gelap di bawah mata kita. Adakah anda pernah mengalami tanda gelap ini dan apakah tindakan anda? Sekiranya ada, anda boleh berkongsi dengan saya dan pembaca blog ini.

Semasa saya masih remaja, ibu dan kakak-kakak saya pernah memberitahu saya iaitu samada menggunakan hirisan nipis timun, kentang, tomato atau epal dan letakkan diseluruh bahagian kelopak mata dan juga bawah mata (mata hendaklan ditutup). Ini bermakna, kita berbaring atau sandarkan kepala ke kerusi dengan cara santai. Disamping boleh membantu mengurangkan tanda gelap tersebut, ianya juga melancarkan perjalanan darah disekeliling mata kita dan menghilang keletihan mata.

Anda juga boleh menggunakan SUPERCLAY Mask Smart Naco yang disapu nipis di bahagian bawah mata dan dibiarkan kira-kira 15 - 20 mnt. Lakukan 2 kali seminggu. Sapuan tidak boleh terlalul tebal dan terlalu lama kerana ia boleh mengeringkan kulit bawah mata.



Walau bagaimanapun, sekiranya kulit anda kering, anda boleh menggunakan Lotion Gamat - melembutkan dan menyegarkan kulit.



Kemudian anda boleh spray beberapa titis Cellrenew yang dicampurkan dengan air bertapis, dengan menggunakan botol kecil yang disediakan dari jarak 30 cm dari mata. Ini dapat mengembalikan kesegaran mata anda.



OK, jumpa lagi!

Monday 20 October 2008

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN KEGEMOKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan menawan, ramai lelaki dan wanita sanggup mengeluarkan banyak perbelanjaan asalkan apa yang mereka idamkan dapat di capai.

Pada saya, cara termudah dan termampu untuk mengurangkan berat badan ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kabohiderat yang tinggi seperti nasi, mee dan roti gandum. Seeloknya kita hanya mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit atau meninggalkan makanan tersebut dan menggantikannya dengan makanan lain yang mengenyangkan dan menyihatkan badan. Amalkan juga pengambilan sayuran dan buah-buahan serta protein.

Untuk mengelakkan rasa lapar, kita boleh minum air yang bertapis atau air yang dimasak. Seterusnya kita digalakkan mengambil makanan kesihatan untuk menggantikan hidangan biasa kita setiap hari seperti IgG Plus, Spirulina, Green Factors + Oligo + IgG Plus, Bio-Young Plus.

Puan Fauziah, rakan niaga saya sebelum ini memang agak sukar untuk menurunkan berat badan. Namun alhamdulillah dengan pengambilan IgG Plus secara berterusan dan berdisplin, berat badan beliau dapat diturunkan 6 kg dalam jangkamasa 3 bulan sahaja.


Gambar Puan Fauziah sebelum mengamalkan IgG Plus (27 Jun, 2008).


Gambar terbaru Puan Fauziah yang kini bertugas di Seoul - ketika berjaya mengurangkan berat badan ke 6 kg, terutamanya di bahagian muka, bahu dan lengan serta perut beliau (3 Oktober, 2008).

Anda juga mahu mengurankan berat badan? Sila hubungi saya.

Sunday 12 October 2008

PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN MATA

Assalamualaikum dan Salam Sejatera.

Jalankan senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan, dan ke kiri bagi memastikan mata kita sentiasa segar dan cergas.

Mata mempunyai cara pembersihan semula jadi. Pergerakan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata.

Walau bagaimanapun, habuk dan bendasing yang termasuk ke dalam mata perlu dibersihkan dengan air tetapi elakkan daripada menggosok mata dengan tangan atau tuala yang tidak bersih.

Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk mensintesis pigmen penglihatan.

Semasa membaca, pastikan cahaya adalah cukup terang . Cahaya yang tidak cukup terang boleh menyebabkan kekangan mata. Pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 sm dari bahan bacaan.

Elakkan daripada memandang matahari secara terus. Elakkan juga daripada bermain dengan alat tajam yang mungkin boleh mencederakan mata.

Dapatkan pemeriksaan atau rawatam dari pakar mata apabila mata tercedera, menghidap penyakit penglihatan yang kabur.

Pastikan tidur yang cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang.

Selain dari tip-tip yang dinyatakan di atas, kita boleh mencuci mata kita dengan menggunakan beberapa titis NACO CELLRENEW yang telah dicampurkan dengan lebih 10 ml air bertapis (atau air mineral). Pastikan kandungan Cellrenew agak cair supaya tidak memedihkan mata. Fungsinya adalah untuk mencuci bahagian dalam mata yang letih dan berhabuk serta menghindarkan kuman.

Selain dari itu, kita digalakkan mengambil NACO SPIRULINA yang juga mengandungi Beta-Carotene.

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN CELLRENEW DAN SPIRULINA KELUARAN SMART NACO!!