Thursday 29 January 2009

RAHSIA KECANTIKAN CLEOPATRA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Manfaat susu untuk kesihatan tubuh badan dan pembentukan tulang telah terbukti keberkesanannya. Dalam dunia kecantikan, susu juga diakui manfaatnya dalam menjaga kecantikan dan kehalusan kulit.

Ratu Mesir, Cleopatra, yang tersohor kecantikannya, memilih susu sebagai salah satu resepi rahsia untuk menjaga kecantikan kulit beliau. Resepi ini khabarnya masih tersimpan dalam tulisan hieroglyph, tulisan bangsa Mesir Kuno.

Ingin mendapatkan kulit mulus seperti Cleopatra, cuba resepi susu IgG Plus seperti berikut :

1) SEBAGAI PENCUCI MUKA.
- Larutkan dalam air sejuk dan disapu ke muka dan ratakan ke seluruh bahagian muka dan leher. Kemudian bilas, juga dengan air sejuk.

2) SEBAGAI FACIAL MASK.
- Larutkan dalam air sejuk dengan kepekatan yang lebih dan sapu rata di bahagian muka, melainkan sekitar bahagian mata. Biarkan kira-kira 15 - 20 minit dan bilas dengan air bersih.

3) MANDI SUSU.
- Hmm berapa kotak IgG Plus yang anda perlukan dan cara mana anda nak gunakan susu kolostrum IgG Plus. Terpulanglah kepada kemahuan anda samada berendam dalam air susu IgG Plus ataupun jadikan seperti sabun wangi mandian dan biarkan beberapa ketika. Akhir sekali di bilas dengan air bersih.

Cubalah!

SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN

Saturday 17 January 2009

CANTIKKAN PAYUDARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adakah anda mempunyai masalah payudara yang kurang 'mantap' (terutama selepas melalui tempoh menyusui bayi yang lama)? Anda boleh mencuba petua ini :

Ambil beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun ke atasnya, kemudian salai di atas api sehingga daun nampak sedikit layu. Tekapkan ia ke payudara selama beberapa minit.

Lakukan petua ini 2-3 kali dalam seminggu.

PILIHAN YANG LEBIH MUDAH :

Anda boleh amalkan pengambilan WOMAN LOBATA dan/atau BIO-YOUNG PLUS dan juga PHYTOGEN PLUS SMART NACO setiap hari. Kemudian setiap malam sapukan gamat gel di payudara anda, elakkan dari terkena bahagian 'nipple'.

Jangan lupa lakukan senaman khas untuk bahagian payudara!

Ada yang menganggap petua ini agak lambat untuk menunjukkan hasil. Tapi percayalah, jika anda rajin melakukannya, Insyaallah anda akan dapat melihat hasilnya yang pasti mengejutkan anda nanti. Bagi saya "Biarlah Lambat atau Cepat, Asalkan Selamat"

Salam Keriangan dari saya Normala Shamsuddin.

Thursday 1 January 2009

BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT DAN AWET MUDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN :

1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma 3K dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda.

DI SMART NACO, TERDAPAT BANYAK PRODUK-PRODUK YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MELAMBATKAN PROSES PENUAAN. SEGERA HUBUNGI SAYA.

Semoga mendapat manfaat.